Pembangkang desak Najib letak jawatan susuli tindakan sivil AS berkaitan 1MDB

KUALA LUMPUR: Pemimpin parti pembangkang Malaysia mendesak Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak meletak jawatan pada Khamis (21 Julai), selepas pendakwa raya Amerika Syarikat memfailkan tindakan undang-undang berkaitan syarikat pelaburan kerajaan 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), berkata kerajaan juga harus mendesak agar sebuah Suruhanjaya Bebas menyiasat dakwaan rasuah yang digariskan oleh saman sivil yang difailkan di California pada Rabu itu.

"Saya percaya rakyat Malaysia mahu Datuk Seri Najib pergi bercuti sebagai Perdana Menteri supaya tidak mewujudkan tanggapan penyalahgunaan kuasa atau proses untuk menghentikan atau menghalang siasatan penuh dan telus mengenai isu amat serius ini," kata Dr Wan Azizah dalam satu kenyataan.

Jabatan Kehakiman Amerika bertindak pada Rabu untuk merampas aset bernilai lebih AS$1 bilion ($1.35 bilion), termasuk hartanah mewah, jet dan lukisan, yang didakwanya dibeli menggunakan wang yang dicuri daripada 1MDB.

Ia mendakwa wang berbilion-bilion dolar dipindahkan daripada 1MDB oleh anak tiri Datuk Seri Najib, seorang rakan keluarganya dan para pegawai lain.

Syarikat itu dulu diselia oleh Datuk Seri Najib. - Reuters

Waktu Solat

Subuh
5:34
Syuruk
6:57
Zuhur
1:00
Asar
4:24
Maghrib
7:00
Isyak
8:15
3 HR PSI: 61
27°/ 24 °
Tuesday - Thundery showers mainly over northern and eastern Singapore in the afternoon.
Wednesday - Late morning and early afternoon thundery showers.
Thursday - Afternoon thundery showers.