PETALING JAYA: Pembentangan laporan akhir Ketua Audit Negara mengenai 1Malaysia Development Berhad (1MDB) ditangguhkan ke Mac, kata Jawatankuasa Kira-kira Awam Parlimen (PAC).
Dalam satu kenyataan pada Selasa (23 Feb), pengerusi PAC, Datuk Hasan Arifin, berkata pembentangan laporan audit itu, yang sepatutnya pada 24 dan 25 Feb, ditunda hingga Mac.