Subuh
5:36
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:24
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Pemberontak Houthi Yaman diundang ke Riyadhrunding gencatan senjata

Sep 15, 2023 | 01:56 PM



SANAA (Yaman): Pemberontak Houthi Yaman akan berkunjung ke Arab Saudi dalam usaha bagi rundingan gencatan senjata berkekalan dan sekali gus menamatkan perang yang telah lama berlarutan di Yaman, menurut agensi berita negara Saudi yang memetik seorang pegawai Houthi serta sumber diplomatik dan pemerintah.


Kunjungan yang dijangka dibuat pada malam Khamis, membangkitkan harapan damai dalam konflik yang telah menyebabkan ratusan ribu terkorban akibat peperangan dan masalah kebuluran.

Agensi berita negara Arab Saudi yang mengesahkan lawatan, menyatakan bahawa Houthi telah diundang ke Riyadh untuk rundingan gencatan senjata.

Encik Ali al-Qhoom, ahli majlis politik Houthi, berkata bahawa delegasi pemberontak akan terbang ke Riyadh dengan pesawat Oman.

Ini ekoran kunjungan satu delegasi dari Oman, yang telah memainkan peranan sebagai orang tengah, tiba di ibu kota Yaman, Sanaa, yang dikuasai Houthi, pada Khamis, menurut pegawai pemerintah Yaman.

“Optimisme wujud mengenai pengantaraan dan usaha Oman untuk mencapai keamanan di Yaman,” tulisnya di media sosial.

Encik Al-Qhoom berkata perbincangan akan tertumpu pada pembukaan semula pelabuhan yang dikawal Houthi dan lapangan terbang Sanaa, pembayaran gaji penjawat awam daripada hasil minyak dan garis masa bagi tentera asing untuk meninggalkan Yaman.

Lawatan itu dilakukan lima bulan selepas pegawai Arab Saudi mengadakan rundingan di Sanaa dan ketika gencatan senjata yang diuruskan oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) terus diadakan walaupun secara rasmi tamat pada Oktober.

“Terdapat persiapan untuk delegasi Houthi melawat Riyadh dalam tempoh 72 jam akan datang,” seorang pegawai pemerintah Yaman kepada agensi berita AFP.


Seorang diplomat Barat di Yaman yang juga mengesahkan lawatan itu berkata ia mungkin berlaku dalam masa dua hari akan datang.

Yaman telah terjerumus ke dalam peperangan apabila Houthi merampas Sanaa, pada September 2014, mendorong campur tangan ketenteraan yang diketuai oleh Arab Saudi pada Mac berikutnya dalam usaha untuk memulihkan pemerintah yang diiktiraf negara itu.

Pertempuran yang berlaku telah memaksa berjuta-juta orang meninggalkan rumah mereka, menyebabkan salah satu krisis kemanusiaan terburuk di dunia selama berdekad-dekad. – Agensi berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >