Pemberontak militan sasar 4 bandar di selatan Filipina

MANILA - Beberapa militan yang mempunyai hubungan dengan pengebom terlatih Jemaah Islamiyah (JI) sedang menyasar kegiatan mereka di sekurang-kurangnya empat buah bandar di Mindanao.

Menurut sumber-sumber perisikan tentera kegiatan-kegiatan itu mungkin melibatkan pengeboman kereta.

Para pegawai keselamatan berkata, Abdul Basit Usman, yang menjalani latihan di bawah pemimpin JI, Zulkifli bin Mir, sedang mengetuai satu kumpulan operasi khas dari Pejuang Pembebasan Islam Bangsamoro (BIFF) untuk kemungkinan mengadakan serangan-serangan di Davao, Cagayan de Oro, Cotabato dan Iligan, lapor laman web The Straits Times.

Agenci berita dalam talian Interaksyon.com berkata, Usman mahu membalas dendam terhadap kematian dua sahabat karibnya dan penangkapan isterinya semasa tentera Filipina menyerbu tiga kem pemberontak di wilayah Maguindanao.

Waktu Solat

Subuh
5:33
Syuruk
6:57
Zuhur
12:59
Asar
4:23
Maghrib
7:00
Isyak
8:15
3 HR PSI: 20
27°/ 24 °
Tuesday - Thundery showers mainly over northern and eastern Singapore in the afternoon.
Wednesday - Late morning and early afternoon thundery showers.
Thursday - Afternoon thundery showers.