Pembersihan etnik berlaku di Afrika Tengah

LIBREVILLE (Republik Afrika Tengah): "Pembersihan etnik" sedang dijalankan ke atas penganut Islam awam di Republik Afrika Tengah, namun pasukan tentera pendamai antarabangsa masih gagal untuk mencegahnya, kata kumpulan hak asasi Amnesty International, hari ini.

Perancis awal daripada itu menggesa pasukan tentera antarabangsa yang dikerahkan di negara yang mempunyai majoriti penduduk Kristian itu supaya menamatkan serangan oleh kumpulan militan Kristian di negara itu "dengan menggunakan kekerasan jika perlu".

Amnesty berkata ia telah mencatatkan dalam dokumennya sekurang-kurangnya 200 pembunuhan orang awam Islam oleh pihak militan Kristian yang dikenali sebagai anti-balaka, atau 'antipedang', yang ditubuhkan selepas satu rampasan kuasa oleh sebuah pakatan pemberontak Islam pada Mac tahun lalu.

Encik Michel Djotodia adalah ketua pakatan pemberontak Seleka, yang sebahagian besarnya adalah penganut Islam, yang menggulingkan Encik François Bozizé dalam konflik tahun lalu itu.

"Pembersihan etnik penganut Islam itu telah dijalankan di bahagian barat Republik Afrika Tengah, kawasan paling ramai penduduk di negara itu, sejak awal Januari 2014," kata Amnesty International dalam laporannya. - AFP.

Waktu Solat

Subuh
5:34
Syuruk
6:57
Zuhur
1:00
Asar
4:24
Maghrib
7:00
Isyak
8:15
3 HR PSI: 69
27°/ 24 °
Tuesday - Thundery showers mainly over northern and eastern Singapore in the afternoon.
Wednesday - Late morning and early afternoon thundery showers.
Thursday - Afternoon thundery showers.