Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

MALAYSIA

Pembinaan RTS di landasan betul bagi siap akhir 2026: Menteri M'sia

Mar 30, 2023 | 05:30 AM



JOHOR BAHRU: Pembinaan Sistem Transit Rapid (RTS) Johor Bahru-Singapura berada di landasan yang betul untuk disiapkan menjelang akhir 2026, kata Menteri Pengangkutan Malaysia, Encik Anthony Loke.



"Terdapat beberapa kelewatan sebelum ini tetapi MRT Corp sedang membetulkannya, dan kami akan melakukan segala yang mungkin untuk memastikan ia selesai mengikut jadual," katanya pada Selasa, selepas pertemuan dengan Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi.



"Ia berkembang dengan baik dan kami berada di landasan yang betul. Saya diberi taklimat (tentang kemajuan) dari semasa ke semasa dan saya juga telah memberi arahan yang ketat kepada mereka supaya mengikut jadual.



"Kami komited dengan perjanjian dua hala itu."



Pada Rabu, Datuk Onn Hafiz mangatakan di Facebook bahawa pembinaan RTS kini berada pada tahap 32.78 peratus siap, tanpa memberikan butiran.



Pada 24 Mac, Menteri Pengangkutan Singapura, Encik S. Iswaran, berkata pembinaan RTS Link sedang berjalan dengan baik, dengan 45 peratus kerja di pihak republik itu sudah siap.



Menggelar hubungan baharu itu sebagai "tambahan penting" kepada perhubungan jalan sedia ada antara Singapura dan Malaysia, beliau juga berkata kerja berada di landasan yang betul untuk siap menjelang akhir 2026.



Setelah RTS Link sepanjang empat kilometer itu siap, penumpang akan dapat bergerak dari stesen Bukit Chagar di Johor Bahru ke stesen Woodlands North di Singapura, dan sebaliknya, dalam masa kira-kira lima minit.



Perkhidmatan kereta api itu boleh menampung hingga 10,000 penumpang sejam di setiap arah.



Sementara itu, Encik Loke berkata kerajaan persekutuan tidak bercadang untuk menaikkan Caj Jalan Raya (RC) RM20 ($6) yang dikenakan ke atas kenderaan berdaftar asing yang memasuki Malaysia melalui Johor.



"Sebarang pertambahan yang kami kenakan, ia akan dibalas oleh Pemerintah Singapura; kalau kita naikkan RC, mereka akan naikkan bayaran untuk kenderaan berdaftar Malaysia yang masuk ke negara itu juga.



"Ini yang kita perlu pertimbangkan, tetapi tiada rancangan sedemikian buat masa ini," katanya, sambil menambah bahawa kerajaan Malaysia menggalak pelancong dari Singapura memasuki Malaysia, khususnya Johor.



Beliau berkata demikian semasa menjawab satu soalan selepas seorang ahli politik mencadangkan semasa mesyuarat Dewan Undangan Negeri (DUN) pada 21 Mac bahawa RC perlu dinaikkan kerana yuran RM20 "terlalu rendah" apabila ditukar kepada mata wang dolar Singapura. - The Star




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >