Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Pembuat jam tangan Switzerland naikkan harga

Jan 20, 2015 | 07:00 PM



TOKYO - Rolex akan menaikkan harga jam tangannya di Jepun bulan depan manakala Patek Phillipe sedang menimbangkan untuk melakukan yang sama selepas nilai mata wang Switzerland meningkat.


Rolex akan meningkatkan harga jam jenis Submariner Date sebanyak 8 peratus kepada 810,000 yen ($9,194) mulai 1 Februari ini, kata seorang jurucakap di Tokyo.


Ini kenaikan pertama sejak November 2013 lalu, kata pembuat jam tersebut.


Patek Phillipe pula mungkin menaikkan harga jamnya 4 hingga 5 peratus awal bulan depan, kata Izumi Otsuka menerusi telefon hari ini, Selasa.


Pembuat-pembuat jam privet itu merupakan antara pengeksport Switzerland yang menghadapi tekanan untuk menaikkan harga atau menghadapi risiko keuntungan mereka terhakis.


Ini selepas bank negara Switzerland menamatkan langkah untuk menetapkan nilai mata wang negara itu dengan nilai wang Euro pada 15 Januari lalu.


Nilai mata wang Switzerland telah melonjak sekitar 17 peratus berbanding yen sejak keputusan Bank Swiss National itu.


Di Singapura pula, peminat dan pelabur jam tangan telah berpusu membeli produk pakaian mewah itu sebelum peruncit menaikkan harganya.


Kakitangan penjualan kedai jam mewah The Hour Glass memberitahu AFP mereka menikmati penjualan meningkat bagi jenama Swiss, dengan Rolex mencatatkan penjualan yang meningkat. 


Kebanyakan kedainya di Orchard Road menjual sekitar 25 hingga 30 jam tangan Rolex sehari pada Sabtu dan Ahad lalu, berbanding hanya empat hingga lima jam sebelum ini.


Antara jam yang diminati ialah model permulaan yang berharga $10,000 ke atas. –  Bloomberg, AFP




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >