Pembunuh Foley diburu

LONDON: Pihak berkuasa Britain dan Amerika Syarikat mula memburu dan menggiatkan siasatan ke atas individu yang memenggal kepala wartawan Amerika, Encik James Foley.

Perdana Menteri Britain, Encik David Cameron, memaklumkan biarpun identiti pembunuh belum dikenal pasti, berdasarkan loghat yang digunakan, penyembelih dipercayai warga Britain.

Encik Cameron yang mengutuk pembunuhan itu berkata pihaknya akan mengambil tindakan walaupun ia akan mengambil satu proses yang panjang.

Jurucakap Rumah Putih berkata perisik Amerika turut mengkaji video yang memaparkan individu tersebut yang kini menjadi buruan polis antarabangsa.

Waktu Solat

Subuh
5:35
Syuruk
6:59
Zuhur
1:01
Asar
4:25
Maghrib
7:02
Isyak
8:17
3 HR PSI: 53
27°/ 24 °
Tuesday - Thundery showers mainly over northern and eastern Singapore in the afternoon.
Wednesday - Late morning and early afternoon thundery showers.
Thursday - Afternoon thundery showers.