Subuh
5:41
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Pembunuh lari dari penjara Indonesia dengan memakai tudung, mekap

Jul 13, 2016 | 02:33 PM



JAKARTA: Seorang pembunuh melarikan diri dari sebuah penjara Indonesia dengan memakai tudung, mekap serta cermin mata hitam dan berjalan keluar tanpa disedari pengawal, kata seorang pegawai pada Rabu (13 Julai).

Anwar bin Kim An, yang merogol dan membunuh seorang budak perempuan, melarikan diri dari penjara Salemba di pusat bandar Jakarta itu dengan senyap-senyap memakai pakaian wanita yang didakwa diseludup masuk oleh isterinya apabila beliau melawatnya semasa Hari Raya.

"Isterinya memberi dia pakaian wanita dan dia menukar pakaiannya di dalam bilik mesyuarat di mana semua penghuni bertemu keluarga mereka," kata jurucakap polis Jakarta, Encik Awi Setiyono.

"Dia memakai gincu dan kemudian berjalan keluar sebagai seorang wanita ditemani isteri dan dua anak mereka."

Rakaman CCTV penjara yang diperolehi oleh media tempatan menunjukkan Anwar, berusia 20-an tahun, berjalan keluar dari penjara berpakaian seperti seorang wanita dan memakai cermin mata hitam sambil memegang salah seorang anaknya.

Encik Awi berkata Anwar boleh menukar pakaian di bilik pelawat penjara itu kerana ia sesak dan terdapat hanya beberapa pengawal.

Ia berlaku pada hari kedua Aidilfitri apabila ramai orang melawat saudara-mara di penjara.

Encik Awi mengakui tidak ada pemeriksaan keselamatan bagi pelawat wanita, tidak seperti pengunjung lelaki.

Polis sedang memburu Anwar, yang dijatuhi hukuman penjara seumur hidup tetapi bari dipenjara empat bulan.

Dia didapati bersalah merogol dan membunuh murid itu, yang dilaporkan berumur 12 tahun, Oktober lalu.

Isterinya telah disoal siasat kerana disyaki membantu suaminya melarikan diri, tetapi belum ditahan kerana mempunyai dua anak kecil, kata jurucakap itu.

Ini bukan kali pertama banduan menyamar sebagai wanita untuk melarikan diri dari penjara.

Pada 2012, seorang banduan pengganasan melarikan diri dari penjara keselamatan tinggi dengan memakai burqa penuh. - AFP




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >