Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Pembunuhan Kim Jong Nam: Zahid beritahu Korea Utara supaya hormati kedaulatan Malaysia

Feb 23, 2017 | 08:51 AM



BANDUNG - Korea Utara harus menghormati kedaulatan undang-undang Malaysia dalam penyiasatan pembunuhan Kim Jong Nam, kata Timbalan Perdana Menteri, Ahmad Zahid Hamidi.

Beliau menambah, pemerintah Korea Utara tidak harus mempersoalkan kredibiliti siasatan yang dijalankan oleh polis Malaysia.

"Kami menghormati budaya dan hak-hak seseorang dan pada masa yang sama, kami mematuhi amalan diplomasi dan proses diplomatik antarabangsa," kata Dr Ahmad Zahid kepada wartawan Malaysia di Bandung di luar forum anjuran Pertubuhan Kerjasama Islam pada Rabu, menurut The Straits Times memetik Bernama.

Kim Jong Nam, abang pemimpin Korea Utara Kim Jong-un, dibunuh oleh dua wanita dengan menyapu mukanya dengan bahan kimia di KLIA 2 sekitar 9 pagi pada 13 Feb semasa beliau mahu berlepas ke Macau.

Kedutaan Korea Utara di KL membuat tuduhan yang kian lantang bahawa Malaysia bersubahat dengan musuh-musuhnya untuk menyalahkan Pyongyang.

Ini mendorong kededua pihak menggunakan kata-kata keras dan Malaysia memanggil pulang dutanya dari Korea Utara.

Dr Ahmad Zahid berkata undang-undang negara perlu dihormati, dan ini diamalkan Malaysia.

"Kami juga menghormati undang-undang negara lain jika ia mendapati rakyat Malaysia terlibat dalam aktiviti jenayah dan melakukan jenayah berkaitan undang-undang negara berkenaan," ujarnya.

Beliau berkata, Malaysia tidak mempunyai sebarang agenda tersembunyi dengan mana-mana negara dan telah meminta kerjasama Interpol berhubung kes itu.

"Kami serahkan kepada polis dan jika terdapat bukti, mereka akan dibawa ke mahkamah," kata beliau. - ST.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >