TOKYO: Perdana Menteri Jepun, Encik Shinzo Abe, menyifatkan pembunuhan seorang tebusan warga negara itu oleh kumpulan militan Negara Islam di Iraq dan Syria (ISIS) sebagai "keterlaluan dan tidak boleh dimaafkan", dan menggesa pembebasan seorang lagi tebusan Jepun.
Sebuah video yang disiarkan kumpulan militan itu menerusi Internet menunjukkan gambar tebusan warga Jepun, Haruna Yukawa, yang dibunuh.