Subuh
5:41
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Pemburu bunuh buaya raksasa sepanjang 4.5m di Florida

Apr 06, 2016 | 03:11 PM



DUA pemburu di Amerika Syarikat telah menembak apa yang mereka dakwa sebagai buaya terbesar yang pernah mereka temui di hutan.



Reptilia sepanjang 4.5 meter dan seberat lebih 360 kilogram itu ditemui oleh pemburu profesional Lee Lightsey dan rakannya, pemandu pemburuan Blake Godwin, dalam sebuah kolam lembu di sebuah ladang milik Encik Lightsey pada Sabtu (2 April).



"Kami juga menemui bangkai yang kami telah pastikan sebagai lembu di dalam air kolam itu. Kami telah memastikan bahawa buaya itu sebenarnya menyerang ternakan kami apabila ia minum di kolam itu," kata Encik Godwin kepada stesen televisyen Fox 13 News.



Encik Lightsey menembak buaya itu apabila ia timbul di permukaan air kurang enam meter di depan mereka.



Beliau memiliki Outwest Farms di bandar Florida Okeechobee dan mengatur acara memburu buaya, babi hutan dan ayam belanda, lapor BBC.



Pelanggan dikenakan bayaran AS$10,000 ($13,500) jika memburu buaya lebih besar daripada empat meter dan AS$4,500 bagi buaya antara tiga dan 3.7 meter.



Beliau menambah bahawa buaya terbesar yang pernah dibunuhnya sebelum ini sepanjang lebih 4.2 meter.



Tangkapan terbaru beliau itu begitu besar hingga sebuah traktor ladang besar terpaksa digunakan untuk menariknya dari kolam.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >