Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:25
Maghrib
7:07
Isyak
8:20
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Pemerintah Indonesia berdepan bantahan dek naikkan harga minyak

Sep 10, 2022 | 05:30 AM



PEMERINTAH Indonesia baru-baru ini mengumumkan langkah menaikkan harga bahan api lebih 30 peratus bagi mengekang subsidi melambung tinggi, menjejas belanjawan ekonomi terbesar Asia Tenggara itu.



Namun, langkah itu turut menimbulkan keresahan rakyatnya kerana ia akan menjejas keluarga dan perniagaan kecil di seluruh negara kepulauan itu.



Akibatnya, ribuan pekerja dan penduduk mengadakan bantahan di beberapa bandar, termasuk ibu kota Jakarta, dengan kesatuan sekerja menegaskan kenaikan harga minyak akan mengurangkan kuasa beli sedang gaji pekerja tidak berubah dan inflasi kian meningkat.



Presiden Joko Widodo sebelum ini cuba menangguhkan kenaikan itu, namun pemerintahnya akhirnya terpaksa menaikkan harga minyak bersubsidi dengan berkata ia "pilihan terakhir" yang tersedia bagi pentadbirannya.



KENAPA NAIKKAN HARGA MINYAK?



Indonesia mahu mengurangkan subsidi minyak yang terus meningkat. Walaupun dengan kenaikan harga runcit minyak ini, subsidi tenaga api masih akan meningkat 137 trilion hingga 151 trilion rupiah ($13 bilion hingga $14 bilion), kata Menteri Kewangan, Cik Sri Mulyani Indrawati, kepada media.



Tidak jelas bagaimana pemerintah Indonesia akan meraih dana tambahan itu, yang merupakan tambahan kepada belanjawan tahun ini, yang mencatat rekod 500 trilion rupiah dalam subsidi bahan api yang dijangka habis menjelang Oktober.



Encik Widodo telah menyatakan bahawa dasar terus memberi subsidi tidak berdaya tahan dan justeru perlunya kenaikan harga minyak, sambil menjelaskan lebih 70 peratus subsidi bahan api digunakan orang kaya yang memiliki kereta.



JEJAS EKONOMI, BELANJAWAN



Kenaikan harga bahan api akan memburukkan lagi inflasi makanan dan tenaga di Indonesia menyusuli perang di Ukraine.



Ia juga akan menjejas rancangan menurunkan inflasi di bawah 4 peratus tahun depan dengan pakar ekonomi meramalkan harga bahan api lebih tinggi boleh mendorong inflasi melepasi 7 peratus tahun ini.



Keadaan itu pula boleh memaksa bank pusat, yang bulan lalu menaikkan kos pinjaman buat kali pertama sejak 2018, melakukan lebih banyak kenaikan kadar faedah, yang boleh memperlahan pertumbuhan ekonomi.



Bagi pemerintah, ia mahu mengukuhkan kewangannya dan membawa defisit di bawah had undang-undang 3 peratus daripada hasil dalam negeri kasar (GDP) pada 2023.



SIAPA PALING TERJEJAS?



Langkah itu akan menjejas kewangan keluarga berpendapatan rendah dan sederhana.



Mereka sudah pun berdepan dengan peningkatan inflasi, yang melonjak paling tinggi dalam tempoh tujuh tahun Julai lalu dan kekal tinggi pada Ogos.



Kesatuan menyatakan inflasi menjejas gaji pekerja yang tidak berubah beberapa tahun sedang Indonesia hanya menaikkan gaji minimum purata 1.09 peratus tahun ini.



Untuk mengelak kesan serius ekoran kenaikan harga bahan api, Indonesia akan memberi pakej bantuan tambahan 24.17 trilion rupiah kepada lebih 20 juta keluarga yang akan menerima bantuan bulanan dalam bentuk wang tunai.



SENSITIF DARI SEGI POLITIK



Purata penggunaan bahan api di Indonesia ialah 13 peratus melebihi purata sejagat, dengan lebih 130 juta kenderaan bermotor bergerak di bandar di serata negara itu.



Indonesia pasaran kenderaan bermotor terbesar di Asia Tenggara dengan aspirasi memiliki kereta kekal tinggi. Sebarang kenaikan harga minyak akan menjejas dompet pemilik sedia ada dan membuat bakal pembeli baru tawar hati.



Sebilangan besar rakyat Indonesia sudah pun kecewa mengenai dasar pemerintah yang selalu berubah-ubah dan gagal mengatasi kekurangan bekalan minyak masak serta barangan keperluan lain.



Pada masa sama, Indonesia mempunyai kadar kemiskinan antara yang tertinggi di dunia, iaitu 9.5 peratus, dan barang makanan akan menjadi lebih mahal bagi golongan miskin.



Lebih 27 juta rakyat Indonesia hidup dalam kemiskinan, dengan Bank Dunia mentakrifkan golongan miskin tegar sebagai orang berpendapatan kurang AS$2.15 ($3.02) sehari.



REAKSI RAKYAT INDONESIA



Bantahan besar biasanya berlaku apabila pemerintah menaikkan harga petrol dan boleh menjadi ganas.



Pada 1998, langkah pemerintah menaikkan harga bahan api hingga 71 peratus mencetuskan kemarahan rakyat dan akhirnya membawa kepada kejatuhan Presiden Suharto, yang memerintah negara itu lebih 30 tahun.



Pemerintah berikutnya bertindak lebih berhati-hati sejak itu.



Pada 2003, presiden waktu itu, Cik Megawati Sukarnoputri, mena-rik balik langkah menaikkan harga minyak selepas dua minggu banta-han besar membawa kepada pertempuran mahasiswa dengan polis.



Encik Widodo pada 2018 membatalkan kenaikan harga petrol hanya beberapa jam selepas ia diumum.



Walaupun beliau kekal popular dan tidak menghadapi pemilihan semula presiden kerana had penggal undang-undang, belum pasti apakah akan ada usaha di Parlimen dan dalam pemerintah sendiri untuk menarik balik kenaikan harga itu.



BANTUAN KEPADA WARGA SUSAH



Dalam memperuntuk semula 24.17 trilion rupiah, atau hampir 5 peratus, bajet subsidi bahan api pemerintah kepada perbelanjaan sosial, termasuk pemberian tunai kepada 20.65 juta keluarga, Cik Sri Mulyani berkata "rakyat akan mendapat bantuan sosial untuk meningkatkan kuasa beli mereka".



Pemerintah juga akan menyediakan pemberian wang tunai kepada 16 juta pekerja berpendapatan kurang 3.5 juta rupiah sebulan, katanya. - Agensi berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >