JUBA: Pemerintah Sudan Selatan dan pasukan pemberontak semalam dijadualkan mengadakan rundingan damai di ibu kota Habsyah, Addis Ababa, bagi menamatkan keganasan yang telah berlarutan sejak berminggu lalu.
Kededua pihak kelmarin bersetuju melaksanakan gencatan senjata, namun pertempuran masih dilaporkan berlaku dengan askar pemberontak yang taat dengan mantan Naib Presiden, Encik Riek Machar, dilaporkan berjaya menawan bandar Bor di wilayah Jonglei semalam.