Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Pemerintah Syria lancar serangan kimia, ISIS guna gas mustard: Laporan PBB

Aug 25, 2016 | 12:56 PM



PERTUBUHAN BANGSA-BANGSA BERSATU (PBB): Satu siasatan PBB mengesahkan pasukan Presiden Bashar al-Assad menjalankan sekurang-kurangnya dua serangan kimia di Syria dan militan kumpulan pengganas Negara Islam di Iraq dan Syria (ISIS) menggunakan gas mustard sebagai senjata, menurut satu laporan yang dilihat AFP pada Rabu (24 Ogos).



Panel itu telah dapat mengenal pasti mereka yang melakukan tiga serangan kimia pada 2014 dan 2015, tetapi tidak dapat membuat kesimpulan mengenai enam kes lain yang disiasat sejak setahun lalu.



Laporan daripada Mekanisme Siasatan Bersama (JIM) mendapati rejim Syria melakukan serangan senjata kimia di dua kampung di wilayah barat Idlib: Talmenes pada 21 April 2014 dan Sarmin pada 16 Mac 2015.



Dalam kedua-dua kes, helikopter tentera udara Syria menjatuhkan "peranti" ke atas rumah-rumah yang diikuti dengan "pelepasan bahan toksik", yang dalam kes Sarmin sepadan dengan "ciri-ciri klorin".



Panel itu mendapati ISIS "satu-satunya entiti dengan kebolehan, keupayaan, motif dan cara-cara menggunakan mustard sulfur" dalam serangan ke atas bandar Marea di wilayah utara Aleppo pada 21 Ogos 2015.



Rejim Assad berulang kali menafikan ia menggunakan senjata kimia di Syria, tetapi laporan itu berkata dalam ketiga-tiga kes, ia mempunyai "maklumat mencukupi untuk mencapai kesimpulan mengenai pelaku terlibat".



JIM dibentuk Majlis Keselamatan setahun lalu untuk menyiasat penggunaan senjata kimia dan buat kali pertama menentukan siapa bertanggungjawab bagi serangan.



Kebanyakan daripada sembilan kes yang disiasat menunjukkan kemungkinan gas klorin digunakan dalam bom yang digugurkan dari helikopter.



Majlis Keselamatan dijadual membincangkan laporan itu pada Selasa dan mungkin membuat keputusan mengenakan sekatan ke atas Syria atau meminta Mahkamah Jenayah Antarabangsa mengendalikan perkara itu sebagai satu jenayah perang.



Bagaimanapun, ramai diplomat mengatakan Russia kemungkinan besar tidak akan menyokong langkah tersebut.



Panel itu mengesyorkan siasatan lanjut tiga kes lain senjata kimia yang disyaki di kampung Zafr Zita, di wilayah Hama, pada 28 April 2014, dan di dua bandar di Idlib: Qmenas pada 16 Mac 2015 dan Binnish pada 24 Mac 2015.



Syria bersetuju menghapuskan simpanan kimianya dan mengelak menggunakan sembarang bahan toksik dalam peperangan apabila ia menyertai Konvensyen Senjata Kimia pada 2013, di bawah tekanan daripada Russia. - AFP




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >