Pemerintah Thailand "amat serius" laksana darurat

BANGKOK: Pihak berkuasa Thailand kini "amat serius" mempertimbangkan untuk melaksanakan keadaan darurat menyusuli beberapa insiden ganas yang berlaku sepanjang hujung minggu lalu di ibu kota yang menyaksikan ribuan pembantah cuba mengguling kerajaan pimpinan Perdana Menteri, Cik Yingluck Shinawatra, sejak lebih dua bulan lalu.

Ketua Majlis Keselamatan Nasional, Encik Paradorn Pattantabutr, selepas menemui Cik Yingluck tadi, dilaporkan berkata pihaknya bersedia menggunakan dekri kecemasan.

Menurut beliau, para pembantah telah berkata mahu menutup beberapa pejabat kerajaan namun sejauh ini "penutupan mereka bersifat simbolik - mereka ke pejabat kerajaan sebelum beredar."

"Tetapi jika taktik mereka berubah dan mereka menutup bank atau pejabat kerajaan secara tetap, peluang untuk kekacauan akan meningkat dan kami akan melaksanakan undang-undang ini," katanya.

Dekri kecemasan itu memberikan agensi-agensi keselamatan kuasa luas untuk mengenakan perintah berkurung, menahan suspek tanpa tuduhan, menapis media, melarang pertemuan politik melebih lima orang dan mengisytiharkan kawasan larangan. - Reuters

Waktu Solat

Subuh
5:34
Syuruk
6:58
Zuhur
1:00
Asar
4:24
Maghrib
7:01
Isyak
8:16
3 HR PSI: 75
27°/ 24 °
Tuesday - Thundery showers mainly over northern and eastern Singapore in the afternoon.
Wednesday - Late morning and early afternoon thundery showers.
Thursday - Afternoon thundery showers.