Pemerintah Turkey seolah-olah sudah sedia senarai orang hendak ditangkap: EU

BRUSSELS: Tindakan pantas menangkap para hakim dan orang lain selepas rampasan kuasa yang gagal di Turkey menunjukkan pemerintah telah menyediakan satu senarai terlebih dahulu, kata pesuruhjaya Kesatuan Eropah (EU) yang menguruskan permohonan keanggotaan Turkey pada Isnin (18 Julai).

Berikutan satu percubaan yang gagal pada Sabtu, pihak berkuasa Turkey menahan hampir 3,000 suspek askar, terdiri daripada komander kanan hingga askar biasa, dan jumlah sama hakim dan pendakwa.

"Kelihatan sekurang-kurangnya ada sesuatu yang telah disediakan. Senarai itu ada, menunjukkan ia telah disediakan dan akan digunakan pada peringkat tertentu," kata Encik Johannes Hahn.

"Saya amat bimbang. Itulah yang kami memang bimbangkan."

Waktu Solat

Subuh
5:37
Syuruk
7:00
Zuhur
1:03
Asar
4:27
Maghrib
7:03
Isyak
8:18
3 HR PSI: 24
27°/ 24 °
Tuesday - Thundery showers mainly over northern and eastern Singapore in the afternoon.
Wednesday - Late morning and early afternoon thundery showers.
Thursday - Afternoon thundery showers.