IPOH: Pemilik syarikat Vida Beauty, Datuk Seri Dr Hasmiza Othman, atau lebih popular digelar Dr Vida, didakwa atas 32 pertuduhan berkaitan Akta Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) 2014 di Mahkamah Sesyen.
Hasmiza, 45 tahun, dituduh dengan 16 pertuduhan kelmarin kerana gagal mengemukakan penyata GST dari 1 April 2015 hingga 31 Julai lalu mengikut Seksyen 41 (6) akta berkenaan dan 16 pertuduhan lagi kerana gagal membayar cukai GST bernilai RM4.2 juta ($1.4 juta) dalam tempoh yang sama mengikut Seksyen 41 (7) akta sama.