Subuh
5:36
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:24
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Pemimpin Amerika-China saling berbincang:

Biden usul elak konflik; Xi mahu kedua-dua pihak tingkat komunikasi
Nov 17, 2021 | 05:30 AM



BEIJING/WASHINGTON: Presiden China, Encik Xi Jinping, dan Presiden Amerika Syarikat, Encik Joe Biden, membincangkan tentang cara menguruskan persaingan negara mereka yang semakin meningkat, demi mengelakkan sebarang konflik.



Oleh itu, adalah menjadi tanggungjawab mereka sebagai dua kuasa besar dunia untuk berunding mengenai persaingan itu.



Kededua pemimpin itu, yang telah lama mengenali satu sama lain, menyapa dengan lambaian tangan ketika pertemuan maya mereka bermula pada 8.45 pagi semalamwaktu Singapura.



Pertemuan itu berakhir pada 12.24 tengah hari, menurut media pemerintah China.



Bersama mereka adalah beberapa pegawai kanan negara masing-masing.



Encik Biden memulakan mesyuarat itu dengan berkata adalah menjadi tanggungjawab kedua-dua pihak untuk memastikan persaingan antara dua negara itu "tidak berubah ke arah konflik, sama ada disengajakan atau tidak", menurut kenyataan yang disediakan Rumah Putih.



"Ia hanya satu persaingan langsung dan mudah," kata beliau.



Beliau menyeru beberapa "pengadang yang munasabah", dan bagi dua negara itu untuk bertindak "jelas dan jujur di mana kita tidak bersetuju, dan bekerjasama di mana ada kepentingan bersama", memberi contoh isu seperti perubahan iklim.



Dalam ucapan pembukaannya, Encik Xi pula menyifatkan dua negara itu sebagai "di peringkat kritikal pembangunan" dan perlu meningkatkan hubungan dan kerjasama sebagai dua ekonomi terbesar dunia dan anggota tetap Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu.



Sambil berkata beliau gembira dapat melihat "rakan lama", Encik Xi menyeru agar ada sikap saling menghormati dan berkata beliau mengalu-alukan kerjasama dengan Encik Biden.



"Kita harus menguruskan hal ehwal dalam negeri masing-masing dengan baik dan, pada masa yang sama, memikul bahagian tanggungjawab antarabangsa kita dan bekerjasama untuk memajukan matlamat murni keamanan dan pembangunan dunia," katanya, menurut kenyataan kementerian luar China.



Dalam satu kenyataan selepas pertemuan maya lebih tiga jam itu, Rumah Putih menyatakan Encik Biden dan Encik Xi turut bercakap tentang tindakan China di Tibet, Hong Kong dan Xinjiang, antara perkara ketidaksepakatan yang ada.



Beliau juga memberitahu Encik Xi bahawa Amerika tetap komited kepada dasar 'Satu China' yang berkaitan dengan Taiwan, dan kedua-duanya berjanji untuk bekerjasama dalam isu tenaga dan iklim.



Encik Xi pula memberitahu Encik Biden bahawa negaranya mungkin perlu mengambil "langkah tegas" jika pihak "prokemerdekaan Taiwan" melepasi "garisan merah," kata media China.



China menganggap Taiwan sebagai sebahagian wilayahnya yang akan disatukan semula, secara paksa, jika perlu.



Dua pemimpin itu turut menegaskan tanggungjawab mereka ke atas dunia untuk mengelakkan sebarang konflik. - ST, Reuters.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >