Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Pemimpin batu api Umno, Jamal Yunos, ancam keganasan politik boleh berlaku

Nov 10, 2016 | 02:24 PM



KUALA LUMPUR: Seorang ketua bahagian Umno berikrar penyokongnya akan bersemuka dengan bantahan besar-besaran yang dirancang terhadap Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak bulan ini, dengan amaran "apa sahaja boleh berlaku, termasuk keganasan".



Datuk Jamal Yunos dan kumpulan Baju Merahnya secara meluas dilihat sebagai samseng upahan Umno yang berusaha menyekat sembarang langkah terhadap Datuk Seri Najib berkaitan skandal rasuah besar.



Perusuh Baju Merah telah menyerang penyokong kumpulan reformasi Bersih yang mengadakan pameran bergerak selama seminggu di seluruh Malaysia untuk menonjolkan tentang skandal rasuah itu.



Kempen antirasuah Bersih itu dirancang berakhir pada 19 Nov dengan satu perhimpunan di Kuala Lumpur untuk menuntut Datuk Seri Najib meletak jawatan dan dikenakan tuduhan.



Datuk Jamal, 46 tahun, telah berikrar akan berdepan dengan perhimpunan itu bersama pasukan Baju Merahnya.



"Apa sahaja boleh berlaku. Saya tidak mengatakan kami akan menggunakan kekerasan. Apa sahaja boleh berlaku, termasuk keganasan," katanya dalam satu temu bual.



Bersih berikrar akan mengadakan perhimpunan itu walaupun pihak berkuasa mengisytiharkannya dan sembarang perhimpunan balas Baju Merah sebagai haram.



"Yang lebih buruk ialah Bersih 5 (perhimpunan 19 Nov) mempunyai agenda politik untuk menjatuhkan demokrasi di Malaysia melalui protes jalanan yang berlaku di negara-negara Timur Tengah seperti Mesir dan Libya," kata Datul Jamal.



"Kami tidak mahu perkara ini berlaku di Malaysia, yang merupakan sebuah negara aman."



Walaupun memakai warna-warna lembayung Umno dan memegang jawatan sebagai ketua bahagian parti itu, Datuk Jamal menafikan beliau dibiayai Umno, dan berkata pembiayaan datang daripada pelbagai perniagaan sendiri.



Kewibawaan Datuk Jamal terjejas oleh beberapa dakwaan peliknya, termasuk kononnya Bersih telah disusupi pengebom berani mati kumpulan pengganas Negara Islam di Iraq dan Syria (ISIS) dan orang Yahudi mencipta ISIS.



Polis Malaysia telah berikrar akan mencegah rusuhan pada 19 Nov dan ancaman Datul Jamal hendak melepaskan 300,000 anggota Baju Merahnya ditolak secara meluas.



Datuk Seri Najib tidak mengutuk Baju Merah walaupun Datuk Jamal membuat komen provokatif, yang termasuk amaran rusuhan kaum maut Mei 1969, yang masih menghantui Malaysia, akan berulang.



"Saya dan kumpulan Baju Merah, juga ingin mengingatkan (orang ramai) bahawa kejadian (rusuhan kaum 1969) mungkin boleh berlaku lagi jika kumpulan politik atau rakyat Malaysia meletak kepentingan mereka melebihi keaamanan dan keharmonian," katanya. - AFP




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >