ANKARA: Pemimpin dunia menggesa supaya institusi demokratik di Turkey dihormati menyusuli percubaan tentera Turkey merampas kuasa daripada pemerintah Presiden Recep Tayyib Erdogan, semalam.
Amerika Syarikat, Russia, Sidang Puncak Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (Nato) dan Kesatuan Eropah (EU) menyeru agar kestabilan dikembalikan dengan Presiden Amerika, Encik Barack Obama, menggesa semua pihak agar menyokong pemerintah Turkey yang dipilih secara demokratik.