Pemimpin dunia temui raja baru Saudi ucap takziah

RIYADH - Para pemimpin seluruh dunia tiba di Arab Saudi untuk menyampaikan ucap takziah kepada Raja Salman yang baru mewarisi takhta kerajaan itu, sehari selepas kematian abangnya Raja Abdullah.

Perdana Menteri Britain, Encik David Cameron, Putera Charles dan Presiden Perancis, Encik Francois Hollande, adalah antara pemimpin pertama yang dijangka tiba, manakala Naib Presiden Amerika Syarikat, Encik Joe Biden, dijangka tiba selepas itu.

Singapura pula diwakili oleh Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Ehwal Dalam Negeri, Encik Teo Chee Hean, di majlis perkabungan rasmi yang akan diadakan esok di Riyadh.

Menurut kenyataan Kementerian Ehwal Luar (MFA), Encik Teo akan ditemani oleh Menteri Perhubungan dan Penerangan merangkap Menteri Bertanggungjawab bagi Ehwal Masyarakat Islam, Dr Yaacob Ibrahim serta para pegawai kementerian tersebut. - AFP

Waktu Solat

Subuh
5:36
Syuruk
6:59
Zuhur
1:02
Asar
4:26
Maghrib
7:02
Isyak
8:17
3 HR PSI: 64
27°/ 24 °
Tuesday - Thundery showers mainly over northern and eastern Singapore in the afternoon.
Wednesday - Late morning and early afternoon thundery showers.
Thursday - Afternoon thundery showers.