PARIS: Para pemimpin Eropah menambah tekanan kepada Perdana Menteri Britain baru, Cik Theresa May, supaya melancarkan proses 'perceraian' dengan Kesatuan Eropah (EU) sedang Presiden Russia, Encik Vladimir Putin, berkata beliau bersedia mengadakan "dialog membina" dengan pengganti Encik David Cameron itu.
Cik May, yang mengambil alih teraju kepimpinan Britain sebagai Perdana Menteri baru, sebelum ini membuat kejutan dengan melantik penyokong utama kempen Brexit (Britain keluar daripada EU), Encik Boris Johnson, sebagai Menteri Luar.