SEOUL: Pemimpin Korea Utara, Encik Kim Jong Un, merancang mengumumkan secara rasmi kesediaannya menghentikan program nuklear negaranya apabila bertemu Presiden Moon Jae In dari Korea Selatan bulan ini, kata seorang pegawai dari Selatan kelmarin, lapor akhbar New York Times.
Kenyataan itu dijangka menjadi sebahagian daripada pengisytiharan bersama yang dua pemimpin tersebut akan terima pakai apabila mereka bertemu pada 27 April, kata ketua kakitangan Encik Moon, Encik Im Jong Seok.