Pemimpin Korea Utara mahu hubungan lebih baik dengan Selatan

SEOUL: Pemimpin Korea Utara, Encik Kim Jong Un, menyuarakan hasrat menjalin hubungan lebih baik dengan Korea Selatan, sambil memberi amaran peperangan di semenanjung itu akan hanya mencetus bencana nuklear yang akan turut memusnahkan Amerika Syarikat.

Beliau juga menarik perhatian parti pemerintah negara itu kini lebih kuat selepas pak ciknya, Encik Jang Song Thaek, dijatuhi hukuman bunuh bulan lalu.

Dalam ucapannya sempena Tahun Baru, Encik Kim berkata: "Sudah tiba masanya kita menghentikan penganiayaan dan fitnah yang hanya akan mendatangkan keburukan. Kita akan cuba sedaya upaya memperbaiki hubungan (Korea) Utara-Selatan.

"Jika peperangan tercetus sekali lagi di bumi ini, ia akan hanya membawa bencana nuklear besar dan Amerika Syarikat tidak akan terlepas daripada kemusnahan." - Bloomberg, Reuters.

Waktu Solat

Subuh
5:37
Syuruk
7:00
Zuhur
1:03
Asar
4:27
Maghrib
7:03
Isyak
8:18
3 HR PSI: 20
27°/ 24 °
Tuesday - Thundery showers mainly over northern and eastern Singapore in the afternoon.
Wednesday - Late morning and early afternoon thundery showers.
Thursday - Afternoon thundery showers.