SEOUL: Pemimpin Korea Utara, Encik Kim Jong Un, berkata negaranya akan menjalankan ujian peledak nuklear dan pelancaran peluru berpandu balistik yang mampu membawa peledak nuklear tidak lama lagi, lapor agensi berita rasmi KCNA.
Encik Kim berkata demikian selepas menyelia ujian simulasi kemasukan semula peluru berpandu balistik di atmosfera yang mengukur "kestabilan struktur termodinamik bahan tahan panas yang baru dibangunkan," menurut KCNA.