PERDANA Menteri Lee Hsien Loong dan Menteri Ehwal Luar Vivian Balakrishnan menyampaikan ucapan takziah menyusuli kemalangan yang melibatkan kapal pembinasa peluru berpandu USS John S. McCain di perairan Singapura Isnin lalu.
Encik Lee dan Dr Balakrishnan masing-masing mengutuskan surat kepada Presiden Amerika Syarikat Donald Trump dan Setiausaha Negara Amerika Rex W. Tillerson.