Pemisah pro-Rusia rancang hantar kotak hitam MH17 ke Moscow

PETALING JAYA: Kumpulan pemisah pro-Rusia yang mendakwa telah menjumpai kotak hitam pesawat penerbangan Malaysia (MAS) MH17 mengumumkan mereka merancang untuk menghantarnya ke Moscow untuk pemeriksaan, dakwa sebuah portal berita.

Menurut agensi berita Rusia, Interfax, berita itu diperolehi menerusi pegawai-pegawai dari Republik Donestsk.

"Sudah tentu, kita kemungkinan besar akan menghantar ia (kotak hitam) ke Jawatankuasa Penerbangan Antara Negeri (IAC) ke Moscow.

"Mereka adalah pakar berkelayakan yang boleh meneliti punca sebenar nahas tersebut," lapor Timbalan Perdana Menteri Pertama Republik Donestsk, Andrei Purgin seperti dipetik akhbar tersebut.

Sebuah kotak hitam yang terdiri daripada perakam suara kokpit dan data penerbangan digunakan untuk mengenal pasti punca sebenar nahas tersebut.

MH17 hilang dari radar ketika memasuki ruang udara timur Ukraine kira-kira 1415 GMT, sejam selepas pesawat jenis Boeing 777 itu berlepas dari lapangan terbang Schiphol, Amsterdam menuju ke Kuala Lumpur.

Pesawat tersebut membawa 283 penumpang dan 15 anak kapal dipercayai ditembak jatuh, 50 kilometer dari sempadan Ukraine-Rusia. - The Star

Waktu Solat

Subuh
5:35
Syuruk
6:59
Zuhur
1:01
Asar
4:25
Maghrib
7:02
Isyak
8:17
3 HR PSI: 69
27°/ 24 °
Tuesday - Thundery showers mainly over northern and eastern Singapore in the afternoon.
Wednesday - Late morning and early afternoon thundery showers.
Thursday - Afternoon thundery showers.