Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Penagih M'sia belanja $3.15 bilion setahun untuk dadah

Apr 13, 2017 | 03:02 PM



KUALA LUMPUR: Penagih dadah di Malaysia membelanjakan sekitar RM10 bilion ($3.15 bilion) setahun untuk tabiat buruk itu, demikian dilaporkan akhbar Kosmo, hari ini.

Menurut Presiden Persatuan Pengasih Malaysia (Pengasih), Datuk Mohd. Yunus Pathi, seseorang penagih dadah tegar sanggup membelanjakan lebih RM200 sehari untuk membeli dadah bagi melepaskan gian mereka.

Katanya, jumlah berkenaan merupakan kos maksimum yang sanggup dibelanjakan seseorang penagih dadah tegar bagi membeli syabu dan ganja.

"Bagaimanapun, bagi penagih dadah yang dikategorikan sebagai penagih biasa mereka perlu memperuntukkan antara RM50 hingga RM100 sehari bagi mendapatkan bahan haram itu.

"Bagi penagih dadah yang menghisap secara berkumpulan pula, mereka menghabiskan wang hampir RM500 sehari," katanya ketika dihubungi Kosmo! di sini semalam.

Berdasarkan perangkaan yang dikeluarkan Sistem Maklumat Dadah Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK), terdapat seramai 131,841 penagih di negara setakat April 2016.

Penagih lelaki adalah seramai 127,797 orang, manakala 4,044 orang merupakan penagih wanita.

Perbelanjaan penagih dadah sebanyak RM26 juta sehari atau RM10 bilion setahun sudah cukup membimbangkan kerana ia bersamaan dengan kos membina dua buah Jambatan Kedua Pulau Pinang.

Kos pembinaan jambatan itu yang turut dikenali sebagai Jambatan Sultan Abdul Halim Muadzam Shah ialah RM4.5 bilion.

Kosmo! semalam melaporkan Polis Diraja Malaysia sedang menyiasat sindiket dadah antarabangsa yang menjual dadah menggunakan Facebook dan aplikasi WeChat serta WhatsApp.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >