Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Pencarian pesawat MH370 berakhir: kata Australia, China, Malaysia

Jan 17, 2017 | 03:34 PM



SYDNEY - Pencarian pesawat Malaysia Airlines MH370 di laut berakhir pada Selasa (17 Jan) tanpa sebarang kesan ditemui.



Pesawat itu hilang pada 2014 dengan 239 penumpang dan anak kapal.



Demikian diumumkan tiga negara - Malaysia, Australia dan China - yang terlibat dalam pencarian itu.



Lokasi Penerbangan MH370 menjadi antara misteri terbesar penerbangan sejak ia hilang dalam perjalanan ke Beijing dari Kuala Lumpur.



"Di sebalik segala usaha menggunakan sains yang terbaik ... pencarian itu tidak dapat mengesan pesawatnya," kata pihak berkuasa tiga negara itu dalam satu kenyataan.



Kapal terakhir pencarian tersebut meninggalkan kawasan itu pada Selasa (17 Jan), kata tiga negara itu, selepas meredah kawasan seluas 120,000 km persegi dari dasar laut Lautan Hindi yang menjadi fokus pencarian hampir tiga tahun.



Malaysia, Australia dan China bersetuju Julai lalu untuk menggantung pencarian jika pesawat itu tidak dijumpai atau bukti baru terbongkar selepas kawasan berkenaan diperiksa.



Australia bulan lalu menolak saranan penyiasat supaya mengalihkan pencarian ke sebelah utara, dengan menyatakan tiada bukti baru muncul untuk menyokongnya.



Satu kumpulan sokongan waris dipanggil Voice 370 dalam satu kenyataan menyatakan penyiasat tidak boleh membiarkan perkara itu tanpa dihurai.



"Pada pandangan kami, melanjutkan carian ke kawasan baru ditakrifkan oleh pakar-pakar adalah satu tugas yang tidak harus dielakkan - satu hutang kepada orang ramai demi kepentingan keselamatan penerbangan," kata kumpulan itu.



Kebanyakan penumpang adalah dari China.



Satu-satunya kesan pesawat itu ialah tiga keping serpihan ditemui terdampar di Mauritius, Pulau Reunion Perancis dan sebuah pulau di luar pantai Tanzania.



Sebanyak 30 bahagian bangkai ditemui di sana dan juga di pantai Mozambique, Tanzania dan Afrika Selatan disyaki datang dari pesawat tersebut. - Reuters




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >