Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:14
Maghrib
7:15
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Pencarian pesawat MH370: Malaysia tanggung kos $10.8j

Jun 09, 2014 | 02:02 PM



KUALA LUMPUR: Malaysia menanggung RM27.6 juta ($10.8 juta) sebagai kos keperluan logistik anggota keselamatan negara dalam fasa pertama pencarian pesawat MH370 yang hilang, kata Pemangku Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Hishammuddin Hussein.


Beliau yang juga Menteri Pertahanan berkata demikian pada sidang media mengenai MH370, di sini, sebentar tadi.


Pesawat MH370, yang membawa 227 penumpang dan 12 anak kapal, berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada 12.41 tengah malam pada 8 Mac lalu dalam perjalanan ke China, namun ia hilang dari pengesanan radar kira-kira sejam kemudian semasa berada di Laut China Selatan.


Ia dijadualkan tiba di Beijing pada 6.30 pagi hari yang sama.


Satu gerakan mencari dan menyelamat besar-besaran dijalankan, mulanya di Laut China Selatan selepas mendapati pesawat telah menukar haluan, melalui dua koridor - dari sempadan Kazakhstan dan Turkmenistan hingga ke utara Thailand, dan dari koridor selatan, dari Indonesia hingga ke selatan Lautan Hindi.


Sehingga hari ini, gerakan mencari pesawat MH370 terus dijalankan. - BHM.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >