Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:25
Maghrib
7:07
Isyak
8:20
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Malaysia
41333
0

Pendaki warga India yang hilang di Cameron Highlands ditemui maut

Oct 02, 2023 | 12:35 PM



CAMERON HIGHLANDS: Selepas lebih seminggu dilaporkan hilang di Gunung Jasar, Cameron Highlands, Pahang, pendaki warga India berusia 44 tahun ditemui maut oleh pasukan mencari dan menyelamat (SAR).


Menurut Ketua Polis Pahang, Datuk Seri Yahaya Othman, mayat Encik Nandan Suresh Nadkarni ditemui pada 3.40 Sabtu petang, namun tidak dapat dibawa turun oleh pasukan keselamatan berikutan faktor muka bumi.

“Mayat mangsa dibawa turun menggunakan helikopter pada 11.20 pagi Ahad. Sebelum itu mayat mangsa ditemui di anak sungai berhampiran Pos Atap, sekitar enam kilometer dari Pos Kawalan Tempat Kejadian (PKTK) di kaki Gunung Jasar.

“Hasil siasatan polis mendapati ketika mangsa turun dari puncak Gunung Jasar, beliau telah tersasar dari laluan asal menyebabkannya sesat jauh ke dalam hutan dan melepasi sempadan negeri Perak,” katanya menurut laporan Berita Harian Malaysia (BHM) pada Ahad.


Susulan laporan kehilangan Encik Nadkarni, SAR diaktifkan dengan hasil siasatan awal berdasarkan rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di sekitar Tanah Rata mendapati mangsa keluar dari hotel sendirian untuk melakukan aktiviti mendaki di Trail 10 Gunung Jasar kira-kira 9 pagi pada 22 September lalu.

Operasi SAR itu membabitkan lebih 100 pegawai dan anggota dari pelbagai agensi, termasuk Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM), Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM), badan bukan kerajaan (NGO), Malim Gunung Cameron Highlands, dan Radio Communication and Recreation Club.

Dalam pada itu, Datuk Yahaya menambah, mayat mangsa telah diserahkan kepada pihak Hospital Sultanah Hajjah Kalsom, Cameron Highlands, untuk bedah siasat bagi mengetahui punca kematian.

Katanya, rakan mangsa yang setia menunggu di Cameron Highlands sejak SAR dilancarkan juga telah diberitahu untuk tujuan pengecaman mayat.

“Hasil semakan polis turut mendapati mangsa ada memberitahu rakannya bahawa beliau pergi mendaki dan sampai di puncak Gunung Jasar, namun tidak pulang ke hotel dan tidak mendaftar keluar,” katanya.

Datuk Yahaya berkata Encik Nadkarni yang bekerja sebagai aktuari, mendaftar masuk ke hotel di Tanah Rata pada 19 September lalu dan sepatutnya mendaftar keluar pada 24 September.

“Kita juga dimaklumkan bahawa mangsa mempunyai program persidangan di Kuala Lumpur pada 25 September lalu, namun mengambil keputusan melawat Cameron Highlands terlebih dahulu untuk melakukan pendakian.

“Hasil semakan di tempat mangsa menginap mendapati barangan peribadi miliknya seperti pasport, komputer riba, dompet serta pakaian, masih berada di dalam bilik dan mangsa mendaftar masuk seorang diri,” katanya.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >