Subuh
5:40
Syuruk
6:59
Zuhur
1:04
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Pendakwa Indonesia mahu hukum mati bagi ulama radikal ketua JAD

May 19, 2018 | 04:16 PM



JAKARTA: Pendakwa raya Indonesia semalam (18 Mei)  menuntut hukuman mati dijatuhkan ke atas ulama radikal berhubung peranannya dalam serangan pengganas 2016 yang dilakukan kumpulan yang dikaitkan dengan gelombang serangan bom bunuh diri di Surabaya   minggu ini.



Puluhan pegawai unit elit dihantar mengawasi perbicaraan Aman Abdurrahman, yang dituduh membenarkan tembakan dan serangan nekad di Jakarta dua tahun lalu, yang menyebabkan empat penyerang dan empat penduduk awam maut.



Ia pada awalnya didakwa dilancarkan pergerakan pengganasn ISIS  di Asia Tenggara.



Abdurrahman, yang dianggap sebagai ketua umum semua penyokong ISIS  di Indonesia, juga ialah pemimpin tertinggi rangkaian militan tempatan, Jamaah Ansharut Daulah (JAD).



“Kami memohon panel hakim menjatuhkan hukuman mati ke atas Aman Abdurrahman,” kata pendakwa raya Anita Dewayani kepada mahkamah daerah di Jakarta Selatan.



Abdurrahman  berada dalam penjara atas sabitan penggganasan  berasingan.



Pihak berkuasa berkata JAD mendalangi serangan 2016 itu dan pengeboman bunuh diri  di  Surabaya minggu ini.



Dua keluarga, termasuk dua  budak perempuan berusia sembilan dan 12 tahun, meletupkan diri di tiga gereja dan balai polis, membunuh 13 orang, dalam serangan di Surabaya itu.



 Keluarga  itu mengenali satu sama lain dan menyertai kumpulan agama sama, bersama keluarga ketiga yang juga dikaitkan dengan serangan itu.



Semuanya mempunyai kaitan dengan JAD, dengan bapa dalam  keluarga serangan gereja itu  dikenal pasti sebagai pemimpin tempatan kumpulan tersebut. –  AFP.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >