PUTRAJAYA: Ketua pasukan pendakwaan, Tan Sri Dr Muhammad Shafee Abdullah, berhujah di Mahkamah Persekutuan semalam, bahawa tidak mungkin Encik Mohd Saiful Bukhari Azlan berbohong dan mengada-adakan cerita bahawa beliau diliwat Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Menurutnya, keterangan Encik Mohd Saiful di mahkamah seolah-olah menunjukkan bahawa kejadian pada 26 Jun 2008 itu bukan kali pertama berlaku, lapor Utusan Malaysia Online semalam.