Subuh
5:42
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:20
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Pendakwa usul Ahok dikenakan hukuman lebih ringan

Apr 20, 2017 | 04:08 PM



JAKARTA (Indonesia): Gabenor Jakarta, Basuki Tjahaja Purnama, yang kini dibicarakan atas tuduhan menghina Islam, boleh mengelak daripada menjalani hukuman penjara, selepas pihak pendakwa hari ini (20 Apr) mengusulkan beliau dikenakan probesyen selama dua tahun.



Sekiranya beliau mengulangi kesalahannya semasa tempoh probesyen, beliau akan dihantar ke penjara untuk setahun, kata pendakwa dalam penggulungan hujah mereka di akhir perbicaraan ke atas Basuki, yang lebih dikenali sebagai 'Ahok' itu.



Menerangkan keputusan itu, pendakwa raya, Encik Ali Mukartono berkata, sedang Encik Basuki melakukan kesalahan tersebut, terdapat beberapa faktor yang perlu dipertimbangkan.



"Ahok berbudi bahasa semasa perbicaraan, turut serta dalam pembangunan Jakarta, dan gangguan awam (yang dituduh ke atasnya) sebahagiannya disebabkan oleh seseorang yang bernama Buni Yani," kata Encik Ali.



Buni Yani merupakan pensyarah universiti swasta yang memuatnaikkan satu rakaman video yang menunjukkan Basuki didakwa membuat komen yang dikatakan menghina Islam pada tahun lalu.



Berita tentang usulan pihak pendakwa itu diterima Ahok sehari selepas beliau tewas kepada mantan menteri pendidikan, Encik Anies Baswedan, dalam pemilihan jawatan Gabenor.



Kekalahan itu belum rasmi dan berdasarkan pengiraan pantas .



Keupayaan untuk mengelak daripada menjalani hukuman penjara yang kurang daripada lima tahun merupakan satu kejayaan buat Ahok.



Ini bermakna dia boleh terus berada dalam kancah politik Indonesia.



Undang-undang negara itu menegah seseorang daripada memegang jawatan awam sekiranya dipenjarakan sekurang-kurangnya lima tahun.



Bagaimanapun, mahkamah belum membuat keputusan bagi kes Basuki.



Dia mempunyai peluang untuk memberi respon kepada usulan pihak pendakwa pada sidang perbicaraan berikutnya yang akan diadakan pada 25 April ini.



Keputusan pihak pendakwa tidak disegani golongan antiAhok, yang terdiri daripada kumpulan Muslim tehar yang berhimpun di luar auditorium Kementerian Pertanian, di mana perbicaraan diadakan.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >