Pendatang Rohingya syukur sambut Ramadan di Aceh

ACEH: Muhammad Yunus tiba di Indonesia secara kebetulan tetapi selepas perjalanan bot yang mengerikan - beliau dan beratus-ratus pendatang Rohingya yang lain gembira kerana dapat menyambut Ramadan di negara yang mempunyai majoriti penduduk yang beragama Islam.

Pendatang di wilayah Aceh merupakan antara ribuan pelarian Rohingya dan pendatang Bangladesh yang tiba di Indonesia, Mei lalu selepas Thailand bertindak terhadap sindiket pemerdagangan manusia.

Yunus berharap dapat mendarat di Malaysia, tetapi selepas pelayaran selama berbulan-bulan beliau ditinggalkan di perairan tidak jauh dari Aceh.

Namun Yunus berasa lega kerana mendarat di Indonesia - terutama sewaktu Ramadan yang bermula semalam - dan jauh dari negara asalnya, Myanmar, yang merupakan sebuah negara yang kebanyakan penduduknya beragama Buddha di mana bangsa Rohingya menghadapi diskriminasi dan tidak diberikan kerakyatan.

"Alhamdulillah, kita diselamatkan dan dibawa ke negara Muslim," kata Yunus, 35 tahun yang merupakan seorang guru agama, yang diselamatkan di pantai Aceh pada 10 Mei lalu dengan 580 pendatang lain.

"Penduduk di sini amat baik dan telah membantu kami, mereka melihat pendatang Rohingya sebagai saudara mereka," jelasnya lagi. - AFP

Waktu Solat

Subuh
5:37
Syuruk
7:00
Zuhur
1:03
Asar
4:27
Maghrib
7:03
Isyak
8:18
3 HR PSI: 20
27°/ 24 °
Tuesday - Thundery showers mainly over northern and eastern Singapore in the afternoon.
Wednesday - Late morning and early afternoon thundery showers.
Thursday - Afternoon thundery showers.