Subuh
5:34
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:26
Maghrib
7:07
Isyak
8:21
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Penduduk Gaza bersesak ke sempadan dibimbangi melimpah ke Mesir

Dec 11, 2023 | 01:34 PM



RAFAH: Tempat perlindungan terakhir bagi rakyat Palestin yang melarikan diri dari kepungan berterusan Israel ke atas Gaza semakin sesak dengan puluhan ribu orang sehingga menimbulkan kebimbangan kemungkinan pemindahan besar-besaran ke Mesir, pegawai Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) memberi amaran pada 10 Disember.


Tekanan semakin meningkat di Rafah, kawasan berhampiran sempadan selatan Gaza dengan Mesir, yang menyaksikan ramai rakyat Palestin yang cuba melarikan diri daripada kempen ketenteraan Israel terhadap Hamas, berdepan pula dengan lebih banyak kematian, kelaparan dan keputusasaan.

“Ke mana saya harus pergi? Beritahu saya, ke mana saya harus pergi?” kata Encik Raif Naji Abu Lubda, 39 tahun, seorang petani yang melarikan diri ke kawasan sempadan bersama isteri dan enam anaknya.

Keluarga itu kini tidur di atas tanah dalam kesejukan dan tidak dapat mencari makanan mahupun air masin untuk diminum, katanya.

Namun, Encik Raif berkata bahawa beliau lebih suka “pulang dan mati di sana” daripada dipaksa masuk ke Semenanjung Sinai di Mesir – senario yang Mesir dan kerajaan Arab lain menolak mentah-mentah kerana bimbang Israel tidak akan membenarkan mereka kembali ke Gaza seperti yang berlaku ketika penciptaan Israel pada 1948.

Bercakap dalam persidangan di Qatar pada 10 Disember, Menteri Luar Jordan, Encik Ayman Safadi, berkata bahawa kempen ketenteraan Israel adalah “usaha sistematik untuk mengosongkan Gaza daripada rakyatnya”.

Sebilangan besar penduduk Jordan adalah warga Palestin yang nenek moyangnya melarikan diri atau dihalau dari kawasan yang kini dikenali sebagai Israel – satu peristiwa yang dipanggil “Nakba,” atau malapetaka, dan menganggap trauma bersejarah yang mendalam.

Setiausaha agung PBB, Encik António Guterres, membangkitkan dalam persidangan yang sama kebimbangannya terhadap kesesakan penduduk Palestin di sempadan Gaza dengan Mesir mungkin mendorong “perpindahan besar-besaran” ke Mesir kelak.

Jurucakap pemerintah Israel, Eylon Levy, menyifatkan dakwaan Menteri Luar Jordan itu sebagai “keterlaluan dan palsu”.

“Israel berjuang untuk mempertahankan diri daripada pembunuhan beramai-ramai dalam serangan Hamas pada 7 Oktober, dan tujuan kempen kami adalah untuk membawa mereka ke muka pengadilan dan memastikan mereka tidak boleh lagi menyakiti rakyat kita,” katanya dalam satu sidang akhbar.

Tetapi serangan balas Israel – pengeboman udara dan ofensif darat – telah membunuh lebih daripada 15,000 orang, menurut pihak berkuasa kesihatan di Gaza.

Dengan sebahagian besar Israel menutup lintasannya dengan Gaza, Rafah telah menjadi pintu masuk bagi sebahagian besar bantuan, dan laluan keluar untuk sebilangan kecil orang.

Setengah juta penduduk di bandar-bandar di Gaza yang berterusan menjadi sasaran serangan Israel berisiko kelaparan dan kehausan, kata Majlis Perbandaran Gaza pada 10 Disember.

Pihak berkenaan menyifatkan situasi kemanusiaan di wilayah terkepung itu sebagai malapetaka kerana tentera Israel sengaja menyasarkan infrastruktur makanan dan air.

“Keadaan kemanusiaan di Gaza adalah bencana,” kata jurucakap Majlis Perbandaran, Encik Hosni Muhanna kepada Anadolu. – Agensi berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >