Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:24
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

RENCANA

Penduduk Jakarta sudah lama ngadu mutu udara buruk

Sep 01, 2023 | 09:00 PM



JAKARTA: Penduduk Jakarta telah lama mengeluh tentang udara tercemar akibat asap lalu lintas, asap industri, dan pembakaran arang batu.


Pelepasan kenderaan menyumbang 44 peratus daripada pencemaran udara di Jakarta, diikuti industri tenaga dengan 31 peratus dan industri pengilangan dengan 10 peratus.

Sementara itu, penggunaan arang batu menjadi sumber utama pelepasan gas rumah kaca, lapor World Resources Institute (WRI) Indonesia.

Penduduk Jakarta, Encik Rizky Putra, 35 tahun, berkata beliau kesal dengan keadaan mutu udara yang semakin teruk menyebabkan kesihatan anak-anaknya terancam.

“Maka, ramai kanak-kanak yang sakit dengan aduan dan gejala sama seperti batuk dan selesema.

“Saya rasa keadaan ini sangat membimbangkan,” kata Encik Rizky ketika ditemui Reuters TV di tepi jalan di pusat bandar Jakarta baru-baru ini.


Sama seperti Encik Rizky, setiap hari, 93 peratus penduduk Jakarta terpaksa menghidu udara tercemar.

Konsentrasi purata tahunan partikel PM2.5 di udara Jakarta telah mencapai 25 mikron setiap meter padu, menurut kajian Greenpeace yang dikeluarkan pada 7 September 2022.

“Angka ini adalah lima kali ganda lebih tinggi daripada paras keselamatan yang disyorkan oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO),” kata Encik Bondan Andriyanu, yang merupakan jurucakap Greenpeace.

Penduduk Jakarta dengan seramai lebih 10 juta, sudah lama mengadu tentang mutu udara yang buruk, katanya.

Sebahagian penduduk melancarkan dan memenangi tuntutan sivil pada 2021 untuk menuntut pemerintah mengambil tindakan untuk mengawal pencemaran udara.

Mahkamah pada masa itu memutuskan Presiden Joko Widodo, dikenali juga sebagai Encik Jokowi, mesti mewujudkan standard mutu udara nasional untuk melindungi kesihatan manusia, dengan menteri kesihatan serta gabenor Jakarta mesti merangka strategi mengawal pencemaran udara.

Sejak tuntutan sivil itu, pengasas bersama aplikasi mutu udara Nafas Indonesia, Encik Nathan Roestandy, berkata tahap pencemaran terus merosot.

Namun, masalah itu masih tidak selesai dan situasi dilaporkan menjadi semakin teruk.

“Kita mengambil lebih 20,000 ujian nafas sehari. Jika kita menghirup udara tercemar setiap hari, ia boleh mengakibatkan penyakit pernafasan dan paru-paru, malah semput.

“Selain itu, ia boleh menjejas perkembangan kognitif kanak-kanak atau menghadapi gangguan kesihatan mental,” kata Encik Roestandy.

Sejak Mei lalu, Jakarta telah disenaraikan sebagai salah satu bandar paling tercemar di dunia, menurut pegawai kanan persekitaran dan perhutanan kepada media tempatan minggu lalu.

Ibu kota Indonesia, Jakarta, mendahului senarai sebagai bandar paling tercemar di dunia seperti yang dilaporkan pada 14 Ogos.

Ibu kota itu secara konsisten disenaraikan antara 10 bandar paling tercemar di dunia sejak Mei, menurut data oleh syarikat teknologi mutu udara Switzerland IQAir.

Jakarta mencatat paras pencemaran udara yang tidak sihat hampir setiap hari, menurut IQAir.

Pencemaran udara dilaporkan bertambah buruk di wilayah Jakarta Raya ‘dibuktikan’ lagi dengan laporan keadaan Encik Jokowi yang mengalami batuk berterusan, disebabkan udara kotor seperti yang dilaporkan pada 15 Ogos oleh Kompas.


Malah Encik Jokowi menekankan keperluan campur tangan pemerintah dalam menangani isu itu.

Tegas Encik Jokowi lagi, untuk pelan jangka panjang, tindakan mitigasi dan adaptasi perubahan iklim harus diperkukuh.

Dalam jangka sederhana, pemerintah akan melaksanakan dasar untuk mengurangkan penggunaan kenderaan berasaskan bahan api fosil dan menggalak pertukaran kepada pengangkutan awam.

“Penyeliaan mesti dilakukan dalam sektor perindustrian dan penjanaan tenaga terutama lokasi tumpuan sekitar Jakarta. Kita juga mesti mendidik orang ramai (untuk mengurangkan pelepasan),” kata Encik Jokowi.

Menteri Alam Sekitar dan Perhutanan, Cik Siti Nurbaya Bakar, memaklumkan pemerintah juga sedang mengusahakan cukai pencemaran alam sekitar bagi mengurangkan pencemaran udara Jakarta yang semakin genting.

Malah orang ramai secara individu dan industri akan tertakluk kepada cukai karbon yang diharap dapat mengubah tingkah laku orang ramai untuk bertukar kepada tenaga bersih.

Malah pencemaran udara semasa yang teruk di Jakarta, turut menjurus kepada peningkatan masalah kesihatan dalam kalangan penduduk.

Kes jangkitan pernafasan akut meningkat sejak awal tahun ini disebabkan oleh pencemaran udara, lapor Xinhua memetik sidang media Kementerian Kesihatan pada Ogos.


Ketua kawalan penyakit pernafasan kementerian itu, Encik Agus Dwi Susanto,berkata pada 2022 purata kes bulanan berkaitan jangkitan pernafasan akut di Jakarta dan bandar-bandar sekitarnya kurang daripada 100,000.

“Namun, antara Januari dengan Ogos, angkanya secara mengejut melebihi 100,000,” katanya sambil menambah bahawa pada Ogos sahaja pejabatnya merekodkan kira-kira 200,000 kes.

Oleh itu, Encik Agus menggesa orang ramai yang mempunyai kegiatan luar dengan tempoh lebih lapan jam supaya sentiasa memakai pelitup muka antipencemaran. – Agensi berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >