'Penduduk luar bandar masih sokong BN di sebalik isu kos sara naik'
Premium
'Penduduk luar bandar masih sokong BN di sebalik isu kos sara naik'
Dec 18, 2017 | 5:30 AM

BAHANG PILIHAN RAYA UMUM MALAYSIA SEMAKIN TERASA: Panel perbincangan berjudul 'Trend Dalam Kalangan Pegundi Melayu' dari kiri: Dr Serina Abdul Rahman, Dr Francis Hutchinson (selaku moderator) dan Dr Norshahril Saat. - Foto BH SAINI SALLEH -
DI SEBALIK kenaikan sara hidup yang dikatakan berpunca daripada cukai barangan dan perkhidmatan (GST), penduduk luar bandar umumnya masih menyokong Barisan Nasional yang diterajui Umno.
Mereka juga - penyokong kuat dan tradisional parti kerajaan yang memerintah - rata-rata ingin melihat BN dan Umno terus berkuasa atas dasar Malaysia adalah negeri Melayu dan tidak mahu hak istimewa mereka terhakis.

