Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:26
Maghrib
7:07
Isyak
8:20
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Penduduk: Myanmar semakin huru-hara

Sumber dakwa junta bunuh penunjuk perasaan tiap hari, ratusan pembantah diberkas
Mar 11, 2021 | 05:30 AM



YANGON: Keadaan di Myanmar semakin huru hara dengan orang ramai yang dikenakan sekatan di kejiranan di bandar utama Yangon mendakwa pasukan keselamatan menggeledah rumah mereka untuk mencari penunjuk perasaan yang membantah rampasan kuasa tentera.



"Keadaan sangat buruk di daerah Kantharyar dan Ma Yar Kone sekarang. Kami juga memerlukan darah jenis 'B' dengan segera.



"Di Kantharyar, Utara Okkalapa, lebih 300 penunjuk perasaan diberkas," kata Encik Kaung Htet Kyaw, mengulas tentang perkembangan terkini di Myanmar kepada Berita Harian semalam.



Langkah keras pasukan berkuasa Myanmar juga didakwa menyasarkan kediaman yang mengibarkan bendera parti Kaunselor Negara, Cik Aung San Suu Kyi, yang ditahan selepas rampasan kuasa itu.



"Sangat menyedihkan apabila melihat pengganas junta membunuh rakyat setiap hari. Lebih buruk lagi, mereka menembak di kepala dengan sengaja. Lebih ramai akan mati dalam keadaan sedemikian.



"Sayar U Ko Ni adalah antara yang pertama dibunuh," kata satu sumber warga Myanmar kepada akhbar ini.



Mendiang Sayar U Ko Ni seorang peguam yang mengkritik Perlembagaan 2008 dan merupakan konsultan undang-undang Kaunselor Cik Suu Kyi,



Beliau ditembak mati di lapangan terbang Yangon.



Hingga petang semalam, dua daerah diasak oleh junta - Utara Okkalapa dan Tarmwe di Yangon.



Sumber Berita Harian berkata sebuah kawasan perumahan pemerintah di Yangon juga terjejas kerana kakitangan awam yang bertugas di stesen kereta api menyertai mogok kerja secara aman dan tidak datang bertugas.



"Pasukan berkuasa sekarang cuba menduduki kawasan penduduk, hospital dan universiti bagi mengawal pergerakan kami.



"Mereka juga mencuri makanan dari pasar-pasar berdekatan. Sudah tidak ada undang-undang sama sekali di Myanmar. Mereka juga merompak dan menculik ahli NLD (parti Liga Nasional untuk Demokrasi pimpinan Cik Suu Kyi).



"Mereka juga menangkap orang tanpa sebab, terutama lelaki yang kami fikir akan digunakan sebagai perisai manusia (dalam berdepan bantahan rakyat)," kata seorang lagi sumber yang enggan mendedahkan identitinya kerana bertugas sebagai kakitangan awam.



Keganasan yang meletus dianggarkan telah mengorbankan 70 jiwa rakyat Myanmar sejauh ini.



Dalam pada itu, agensi berita AFP melaporkan orang ramai kembali berhimpun di pusat komersial di tengah bandar San Chaung untuk menuntut pembebasan Cik Suu Kyi dalam satu bantahan semalam, sempena Hari Wanita Antarabangsa, kelmarin.



"Orang ramai dari daerah-daerah lain di Yangon juga memberi tekanan terhadap pihak berkuasa untuk melepaskan penunjuk perasaan yang diberkas," kata Encik Kaung lagi.



Sumber rapat akhbar ini juga mendedahkan junta menguasai hanya dua suratkhabar dan media penyiaran pemerintah, sedang selebihnya memberi sokongan kepada rakyat yang menolak tindakan junta melakukan rampasan kuasa pada 1 Februari.



Junta kelmarin mengumumkan pembatalan lesen lima media Myanmar, termasuk Mizzima Media, dengan operasi mereka dianggap menyalahi undang-undang



Ibu pejabat Mizzima juga telah diserbu.



"Mizzima, sebagai media bebas, akan terus menentang kudeta tentera dan mengembalikan demokrasi dan hak asasi manusia di Burma/Myanmar dengan menerbitkan dan menyiarkan berita menerusi wadah berbilang media," ujar satu kenyataan syarikat media yang diterima Berita Harian.



Malam kelmarin, pasukan keselamatan menutup beberapa jalan raya, menyebabkan kira-kira 200 penunjuk perasaan terperangkap, menurut pejabat hak asasi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), yang menuntut mereka dibebaskan.



Bunyi letupan dikatakan jelas kedengaran dari kawasan itu, namun tidak dapat dipastikan apakah ia berpunca daripada tembakan senjata api atau bom tangan pegun.



Pasukan keselamatan mula menggeledah rumah, khususnya yang mengibarkan bendera NLD selepas sekatan Internet semalaman di negara itu pada 1 pagi waktu tempatan, kata penduduk kepada AFP.



Seorang penduduk berkata rumahnya, yang tidak menyembunyikan sebarang penunjuk perasaan, digeledah.



"Mereka menggeledah setiap premis di Jalan Kyun Taw, mereka rosakkan kunci rumah," kata beliau, selain memaklumkan bahawa puluhan orang ditahan.




"Sangat menyedihkan apabila melihat pengganas junta membunuh rakyat setiap hari. Lebih buruk lagi, mereka menembak di kepala dengan sengaja. Lebih ramai akan mati dalam keadaan sedemikian... Mereka juga mencuri makanan dari pasar-pasar berdekatan. Sudah tidak ada undang-undang sama sekali di Myanmar."
- Satu sumber warga Myanmar memberitahu Berita Harian.



"Mereka (pasukan berkuasa) juga menangkap orang tanpa sebab, terutama lelaki, yang kami fikir akan digunakan sebagai perisai manusia (dalam berdepan bantahan rakyat)."
- Seorang kakitangan awam memberitahu Berita Harian.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >