Penduduk Teheran serang kedutaan Saudi

DUBAI: Pelaksanaan hukuman mati oleh Arab Saudi terhadap seorang tokoh Syiah telah mencetuskan beberapa bantahan di rantau Timur Tengah, termasuk di ibu kota Iran, Teheran

Dalam bantahan tersebut orang ramai melontar bom petrol dan menggempur kedutaan Arab Saudi sebelum mereka diarah meninggalkan tempat itu oleh polis, lapor agensi berita Isna.

Kejadian itu berlaku beberapa jam selepas hukuman mati dilaksanakan ke atas Nimr al-Nimr, tokoh Syiah berusia 56 tahun.

Sebelum ini, Nimr antara penggerak utama dalam bantahan antipemerintah di Arab Saudi.

Hukuman mati itu menerima kritikan hebat daripada masyarakat Syiah di Iran dan Iraq. - AFP, Reuters

Waktu Solat

Subuh
5:37
Syuruk
7:00
Zuhur
1:03
Asar
4:27
Maghrib
7:03
Isyak
8:18
3 HR PSI: 25
27°/ 24 °
Tuesday - Thundery showers mainly over northern and eastern Singapore in the afternoon.
Wednesday - Late morning and early afternoon thundery showers.
Thursday - Afternoon thundery showers.