DUBAI: Pelaksanaan hukuman mati oleh Arab Saudi terhadap seorang tokoh Syiah telah mencetuskan beberapa bantahan di rantau Timur Tengah, termasuk di ibu kota Iran, Teheran
Dalam bantahan tersebut orang ramai melontar bom petrol dan menggempur kedutaan Arab Saudi sebelum mereka diarah meninggalkan tempat itu oleh polis, lapor agensi berita Isna.