Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Penembak membuat video sebelum serangannya di Kanada

Oct 27, 2014 | 04:45 PM



OTTAWA: Seorang lelaki yang membunuh seorang askar Kanada dan menyerang bangunan parlimen negara minggu lalu telah membuat videonya sendiri sebelum serangan itu dan ini merupakan bukti bahawa dia didorong oleh motif ideologi dan politik, kata polis pada hari Ahad.


Polis Berkuda Diraja Kanada (RCMP) memberikan kenyataan bahawa mereka sedang menganalisa video yang dibuat oleh Encik Michael Zehaf-Bibeau dan tidak dapat mengeluarkannya pada masa ini.


Pasukan polis persekutuan juga percaya bahawa sebilah pisau yang dibawa oleh Zehaf-Bibeau, 32 tahun, telah diambil dari rumah ibu saudaranya, tetapi menambah bahawa mereka masih mencari pistol yang digunakan.


Zehaf-Bibeau menyerbu ke dalam bangunan parlimen dengan senapang pada hari Rabu lalu selepas menembak mati Koperal Nathan Cirillo di monumen yang berdekatan dengan Memorial Perang Maya Kanada. Zehaf-Bibeau ditembak mati dalam bangunan itu.


RCMP mengatakan bahawa Zehaf-Bibeau pernah bekerja di kawasan minyak Alberta dan telah menggunakan dana dari pekerjaannya untuk membiayai aktiviti-aktivitinya pada hari-hari yang membawa kepada serangan itu.


Dia tinggal di sebuah tempat perlindungan bagi orang-orang yang tiada tempat berteduh di Ottawa sebelum penembakan itu berlaku.


RCMP juga masih menyiasat tentang interaksi Zehaf-Bibeau dengan beberapa orang pada hari-hari sebelum serangan itu untuk mengetahui sama ada ia telah menyumbang kepada kelakuan jenayahnya itu.


Ibu Zehaf-Bibeau menafikan dalam suratnya kepada agensi berita Kanada Postmedia terhadap kenyataan RCMP bahawa dia telah memberitahu mereka bahawa anaknya berniat untuk ke Syria yang menjadi sarang aktiviti militan.


Cik Susan Bibeau berkata dalam surat itu, anaknya telah ke Ottawa dari Vancouver untuk mendapatkan pasport kerana mahu ke Saudi Arabia untuk mempelajari Quran. - Reuters.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >