Subuh
5:40
Syuruk
6:59
Zuhur
1:04
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Penembak Orlando pengunjung tetap kelab malam: Laporan

Jun 14, 2016 | 12:26 PM



ORLANDO: Lelaki yang menembak mati 49 orang di kelab Pulse di Orlando di Florida, Amerika Syarikat adalah pengunjung tetap kelab malam gay itu, empat pengunjung memberitahu khabar Orlando Sentinel pada Isnin (13 Jun).



"Kadang-kadang dia akan pergi ke satu sudut dan duduk dan minum sendirian, dan pada masa lain dia begitu mabuk hingga menjadi lantang dan suka bergaduh," kata Encik Ty Smith kepada Sentinel, merujuk kepada penembak itu, Omar Mateen, 29 tahun, yang mati ditembak polis.



Encik Smith memberitahu akhbar itu beliau melihat Mateen sekurang-kurangnya 12 kali.



"Kami tidak banyak bercakap dengannya, tetapi saya masih ingat dia kadang-kadang bercakap sesuatu tentang ayahnya," kata beliau. "Dia beritahu kami dia mempunyai seorang isteri dan anak."



Seorang lagi pengunjung tetap Pulse, Encik Kevin Barat, memberitahu akhbar Los Angeles Times Mateen menghantar mesej kepada beliau sesekali selama setahun menggunakan sebuah aplikasi sembang gay.



Pengunjung lain memberitahu media tempatan dan MSNBC Mateen menggunakan pelbagai aplikasi gay, termasuk Grindr, dengan kenalan bersama untuk "berhubung".



Mateen juga berada di Walt Disney World pada April, kata seorang pengurus Disney yang tidak mahu dikenali.



Isterinya, Cik Noor Zahi Salman, tidak bekerjasama dengan pihak berkuasa, kata seorang pegawai penguatkuasa undang-undang yang bercakap dengan syarat namanya tidak disiarkan, lapor Sentinel.



Empat puluh sembilan orang terbunuh dan 53 cedera dalam serangan pada Ahad lalu itu, yang merupakan kejadian penembakan paling dahsyat dalam sejarah Amerika.



Ketua Biro Siasatan Federal (FBI), Encik James Comey, berkata beliau "sangat yakin" Mateen "menjadi radikal" ketika menggunakan propaganda dalam talian dan dia mengikrar taat setia kepada pemimpin kumpulan pengganas Negara Islam di Iraq dan Syria (ISIS), Abu Bakr al-Baghdadi, dalam beberapa panggilan telefon semasa serangan itu. - AFP




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >