WASHINGTON: Presiden Amerika Syarikat, Encik Barack Obama, berkata penembak yang menyebabkan 49 orang terbunuh dan 53 yang lain cedera di kelab malam gay popular di Orlando, Florida, kelihatan "terpengaruh oleh maklumat fahaman pelampau yang disebarkan di Internet".
Beliau juga berkata tiada bukti bahawa pembunuhan itu diarahkan dari luar negara atau sebahagian daripada komplot lebih besar.