Subuh
5:34
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:26
Maghrib
7:07
Isyak
8:21
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Penembak remaja di Siam Paragon hadapi masalah mental, senjata api diubah suai

Oct 04, 2023 | 02:08 PM



BANGKOK:  Remaja lelaki berusia 14 tahun yang terbabit dalam kejadian tembakan rambang di pusat beli belah Siam Paragon, di sini, pada Selasa disyaki mempunyai masalah kesihatan mental.


Dia telah mengubah suai senjata yang digunakan dalam kejadian yang mengorbankan dua orang dan mencederakan lima yang lain.

Ketua Polis Thailand, Encik Torsak Sukvimol berkata, suspek sedang disiasat oleh Unit Jenayah Kanak-Kanak Polis Thailand untuk menyelidik latar belakang remaja itu dan merancang untuk menyoal rakan-rakannya yang merupakan pemain permainan dalam talian untuk mengetahui lebih lanjut tentang keadaan mentalnya.

Encik Torsak berkata: “Daripada siasatan awal, kami mendapati bahawa remaja tersebut mengalami tekanan mental yang memungkinkannya melakukan tindakan tersebut. Kami juga mendapati bahawa senjata yang digunakan telah diubah suai daripada pistol yang hanya boleh menembak peluru kosong.”

Kes tembakan di pusat beli-belah Siam Paragon berakhir apabila seorang remaja lelaki itu diberkas polis sejurus sahaja dia melepaskan beberapa das tembakan.

Encik Torsak mengesahkan dua mangsa yang terbunuh adalah warga China dan warga Myanmar, pekerja di pusat membeli-belah mewah itu.

Suspek, yang motifnya tidak jelas – menyerah diri kepada pegawai polis bersama pistol yang digunakannya itu.

Lima yang cedera itu ialah seorang warga Laos, seorang warga China dan tiga warga Thailand.

Perdana Menteri Thailand, Encik Srettha Thavisin berjanji akan melaksanakan langkah keselamatan tertinggi bagi memastikan keselamatan pelancong asing susulan kejadian tembakan rambang itu.

Encik Srettha mengarahkan polis, Kementerian Pelancongan, Kementerian Luar, dan Kementerian Kesihatan Awam, menyiasat punca kejadian dan membangunkan langkah pencegahan pada masa hadapan.

“Mulai sekarang, kerajaan Thailand akan melaksanakan langkah keselamatan tertinggi untuk semua pelancong,” menurut hantarannya di platform ‘X’.

Rakaman video yang tular menunjukkan para pengunjung di pusat beli-belah Siam Paragon meluru ke arah pintu keluar selepas mereka mendengar beberapa das tembakan dilepaskan.

Polis yang tiba di tempat kejadian pada 5.10 petang, segera melucutkan senjata daripada remaja tersebut dan beberapa pengunjung dilihat telah terkena tembakan.

Menurut polis, remaja itu telah dibawa ke balai polis Pathumwan.

Dia merupakan pelajar di sebuah sekolah swasta, The Essense, yang terletak berhampiran pusat beli-belah tersebut.

Remaja itu didapati mempunyai rekod menjalani rawatan masalah kesihatan mental di hospital Rajvithi tetapi berhenti mengambil ubatnya baru-baru ini, kata Encik Sukvimol.

Guru besar sekolahnya telah menulis surat kepada ibu bapa mengesahkan suspek adalah pelajarnya dan berkata pihak sekolah akan bekerjasama dengan polis dalam siasatan yang dijalankan.

Beberapa saksi yang ditemui menyatakan, selain melarikan diri, ramai pengunjung bersembunyi di dalam kedai dan tandas.

Encik Jakkraphan Nakharisi, 29 tahun, seorang penjual aiskrim yang telah bekerja di pusat beli-belah itu selama dua tahun, berkata bahawa beliau mulanya tidak sedar bunyi tembakan yang didengarnya.

“Saya dengar empat hingga lima bunyi tembakan. Kemudiannya saya dengar dua lagi bunyi tembakan. Sejurus selepas itu, saya mendengar seseorang di kedai saya menjerit, ‘Ada beberapa tembakan!’

“Saya menyelinap ke belakang tangki aiskrim serta-merta. Saya tidak tahu hendak lari ke mana. Saya fikir saya tidak sepatutnya keluar secara melulu,” cerita beliau.

Cik Palmyra Kownack, 61 tahun, seorang pemastautin dari United Kingdom, berkata:

“Saya dengar banyak jeritan tetapi saya tak tahu apa yang sedang berlaku. Saya lihat ramai anggota tentera keluar masuk.

“Saya dan ramai pengunjung akhirnya dibenarkan keluar menerusi pintu belakang selepas sejam. Keadaan sangat huru-hara kerana begitu ramai orang dalam pusat beli belah ini,” tambahnya.

Penembakan besar-besaran jarang berlaku walaupun kadar pemilikan senjata api agak tinggi di Thailand.

Sebelum ini, seorang bekas polis membunuh sekurang-kurangnya 37 orang, kebanyakannya kanak-kanak, dalam serangan senjata api dan pisau di pusat jagaan kanak-kanak di wilayah Nong Bua Lamphu di timur laut Thailand pada Oktober 2022.

Pada 2020 pula, seorang askar membunuh 29 orang dan mencederakan puluhan lagi di bandar Nakhon Ratchasima. – Agensi berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >