Penerbangan ke Pekanbaru ditunda akibat jerebu

PEKANBARU: Jerebu tebal masih menyelimuti ruang udara Pekanbaru hari ini, sehingga beberapa jadual penerbangan menuju ke tempat itu terpaksa ditunda, menurut sebuah portal berita Indonesia.

Di Lapangan Terbang Sultan Syarif Kasim (SSK) II, Pekanbaru, jerebu tebal yang berpunca daripada kebakaran ladang dan hutan telah mengganggu jadual penerbangan beberapa syarikat penerbangan.

Menurut maklumat yang dikumpulkan di Lapangan Terbang SSK II, penangguhan jadual penerbangan itu bermula sejak 11 pagi (10 pagi, waktu Indonesia Barat), hari ini.

Ia menjejas enam syarikat penerbangan, lapor portal berita detikNews.

Sementara itu, portal berita itu juga melaporkan bahawa penyebaran kawasan panas di wilayah Riau terus meningkat kepada 243, pagi semalam.

Jumlah kawasan panas di wilayah Aceh dan Sumut pula masing-masing mencapai 75 dan 74 berdasarkan pada pemantauan satelit NOAA18, menurut laporan itu lagi.

Waktu Solat

Subuh
5:34
Syuruk
6:58
Zuhur
1:00
Asar
4:24
Maghrib
7:01
Isyak
8:16
3 HR PSI: 60
27°/ 24 °
Tuesday - Thundery showers mainly over northern and eastern Singapore in the afternoon.
Wednesday - Late morning and early afternoon thundery showers.
Thursday - Afternoon thundery showers.