Penerbit filem Julie Dahlan meninggal dunia

KUALA LUMPUR: Penerbit filem terkenal Julie Dahlan, disahkan meninggal dunia dalam perjalanan ke Hospital Ampang, kira-kira jam 7.30 malam tadi akibat komplikasi buah pinggang kronik, kencing manis dan tekanan darah tinggi yang dihidapinya sejak beberapa tahun lalu.

Menurut penyanyi Datuk Hattan yang juga biras kepada anak Allahyarham, Hani Harmi, Allahyarham menghembuskan nafas terakhir ketika berada dalam ambulans menuju ke Hospital Ampang.

Difahamkan, Hani dan suaminya turut berada di sisi Allahyarham.

Bagaimanapun, Hani tidak dapat dihubungi kerana dipercayai masih terkejut dengan kematian ibunya.

Tahap kesihatan Allahyarham dikatakan merosot sejak beberapa hari lalu.

Julie atau Junaidah Dahlan, 62, menghidap pelbagai penyakit termasuk tekanan darah tinggi, kencing manis dan buah pinggang menyebabkan ia kurang aktif dalam bidang lakonan.

Penerbit dan pelakon filem dan drama yang popular pada era 90-an itu mencipta nama menerusi pelbagai filem terbitan seperti Harry Boy (1991), Wira Angkasa (1987), Driving School (1990) dan terakhir Cinta Metropolitan (1995). - Harian Metro

Waktu Solat

Subuh
5:35
Syuruk
6:59
Zuhur
1:01
Asar
4:25
Maghrib
7:02
Isyak
8:17
3 HR PSI: 26
27°/ 24 °
Tuesday - Thundery showers mainly over northern and eastern Singapore in the afternoon.
Wednesday - Late morning and early afternoon thundery showers.
Thursday - Afternoon thundery showers.