JAKARTA: Program pengampunan cukai yang dilaksanakan di Indonesia berkemungkinan meraih hanya sebahagian kecil daripada sasaran pendapatan yang diunjurkan, kata Gabenor Bank Indonesia, Encik Agus Martowardojo, yang melihatnya sebagai satu tamparan kepada rancangan pemerintah mencapai matlamat defisit belanjawan.
Indonesia melancarkan program pengampunan cukai Julai lalu dengan menawarkan kadar penalti yang rendah bagi pembayar cukai yang mengisytiharkan aset yang belum dicukai sama ada di dalam atau di luar negara menjelang Mac 2017.