Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:26
Maghrib
7:07
Isyak
8:20
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

BANJIR DI ASIA SELATAN

Pengangkutan, niaga Silicon Valley India terjejas

Sep 08, 2022 | 05:30 AM



BENGALURU: Pegawai kajicuaca meramal keadaan cuaca buruk berlaku lagi di Bengaluru, sedang hujan lebat terus melanda bandar itu, menenggelamkan jalan menuju pejabat di pusat bandar yang menjadi nadi penggerak industri teknologi dan pusat kewangan global itu.



Dikenali sebagai Silicon Valley India, Bengaluru dilanda hujan beberapa malam, hingga melumpuhkan operasi pengangkutan bas dan perniagaan di jalan utama bandar itu di Outer Ring Road (ORR).



Jalan di kawasan itu terletaknya perusahaan besar antarabangsa seperti Microsoft Corp, Intel Corp, Goldman Sachs Group Inc dan Morgan Stanley. Ia mengakibatkan kerugian puluhan juta dollar, menurut kumpulan industri itu.



Sebuah kawasan yang terdapat beberapa bangunan menara dan pejabat di ORR menjadi tumpuan jutaan pekerja sofwe. Mereka mengendalikan operasi penting dan pengurusan risiko, bantuan pelanggan serta urusan kewangan.



Kebanyakan majikan di situ memerlukan kakitangan mereka kembali ke pejabat setelah sekian lama bekerja dari rumah ekoran pandemik Covid-19



Hujan lebat sejak beberapa hari lalu, disifatkan media tempatan sebagai paling buruk di Bengaluru, merosakkan banyak kemudahan awam dan menjejas perniagaan global yang menjadikan tempat itu pangkalan operasi mereka.



Dua kematian dilaporkan ekoran hujan lebat, dan Jabatan Kaji Cuaca India telah mengeluarkan amaran kuning di Bengaluru, menandakan keadaan cuaca buruk.



Keadaan prasarana buruk di koridor teknologi di bandar itu akan "menjejas tahap kecekapan dan daya pengeluaran syarikat di situ". Ia boleh juga mengancam keselamatan kakitangan mereka, kata beberapa anggota Persatuan Syarikat di Outer Ring Road, termasuk bankbank Wall Street yang membuat pengaduan keras kepada ketua menteri wilayah Karnataka, yang Bengaluru merupakan ibu kotanya.



Banjir mengakibatkan kesesakan lalu lintas selama lima jam, dengan pekerja terkandas menyebabkan kerugian sekitar AS$30 juta ($42.3 juta), kata kumpulan itu dalam suratnya. Syarikat terpaksa menggerakkan rancangan penerusan perniagaan darurat, membenarkan kakitangan bekerja dari rumah atau menyalurkan tugas kritikal ke luar Bengaluru.



Ini boleh membawa kepada pencemaran imej dan mengakibatkan kerugian ekonomi, ujar kumpulan itu. Perniagaan syarikat di ORR menjana sekitar AS$22 bilion setahun, sepertiga pendapatan keseluruhan bandar teknologi itu.



"Tetapi, kurangnya tumpuan pada pembangunan prasarana di koridor ini amat membimbangkan," kata persatuan itu. Anggota lain persatuan itu termasuk Wells Fargo & Co, Dell Technologies Inc dan Capgemini SE serta perbadanan Silicon Valley. - Agensi berita.



 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >